Tuesday, December 6, 2011

Kisah Lara Si Pujangga Sastera Duniawi

Selamat malam wahai pendukung watak kehidupan, kisah ku di sini terhenti sementara, siri layar kehidupan ku akan ku teruskan dlm fantasi khayalan impi-impiku.... Dan episod perjuangan kehidupan ku di alam realiti ini akn ku teruskan sebaik sahaja episod layar fantasiku menemui titik noktahnya.... Dan pujangga sastera ini pun akan beradu bilamana segala pancaroba dan liku-liku mayapada ini mampu diharunginya sendirian.... 

Akan tetapi, rasa bersalah yang menghantui hidupku, menyelubungi diriku, menyelaputi jiwaku dan mengawal fikiranku memaksa aku, sang pujangga sastera kehidupan ini untuk melupakan sebentar akan keegoisanku, dan menyelami semula akan erti kehidupan sebenar, dan apakah jawapan bagi setiap persoalan yang terbuku di hati dan mindaku ini....

Pertanyaan yang senantiasa singgah di jiwaku, siapakah aku, apakah tujuanku dilahirkan di alam yang fana ini, mengapakah apa yang berlaku dalam kehidupanku terjadi kepada diriku, apakah rahsia di sebalik setiap kejadian yang berlaku di alam ini dan pelbagai lagi isu yang aku sendiri tidak pasti akan jawapannya cuba untuk ku rungkaikan....

Dan, setitis demi setitis harapan kepada penyelesaian bagi permasalahan itu datang menghampiriku.... Ya, aku semakin hampir kepada jawapan yang aku cari itu, jawapan kepada makna kehidupanku.... Ironisnya, setiap detik bila aku menghampiri kepada jawapan itu, setiap kali itulah timbulnya permasalahan yang baru yang memaksa aku untuk melupakan sebentar masa rehatku kerana setiap saat yang berlalu itu sangat penting kepadaku....

Penting kerana setiap detik perjalanan jarum jam yang berputar 360 darjah itu memberikan samaada sinar atau kesamaran dalam pengharapanku untuk mencari dan menemui jawapan sebenar akan persoalan kehidupanku....
Mungkin, ya mungkin jika aku mengekalkan prinsip hidupku iaitu doa sebelum usaha, iktikad (niat) dan tawakal dalam mencari dan merungkaikan silangkata pengharapan dalam kehidupanku, aku mampu untuk mencari resolusi bagi apa yang bersarang dalam hatiku ini....

Tapi, mampukah aku melakukannya berseorangan? Ataupun aku perlukan teman dalam mengharungi cabaran dan dugaan di ketika aku sedang berusaha menyelesaikan masalah itu? Ah, itupun jika ada yang benar-benar memahami pendirianku dan sanggup untuk berjuang bersamaku....

Sampai di sini dahulu kisah ku ini, aku akan kembali menyusul untuk menyambung kembali propaganda kisah ku ini.... Semoga yang membaca kisah ku ini mampu memahami dan membantu aku dalam merungkaikan misteri yang menyelubungi kisah hidupku ini.... Andai ada yang mampu melakukannya, maka dia adalah 'teman' yang mungkin aku cari selama ini....

Wasalam,
Dariku,
Pujangga Yang Tak Bernama